Perkongsian ilmu dan pengalaman yang mematangkan diri..merungkai rahsia Alam sambil bermuhasabah diri..SubhanAllah walhamdulillah walailahaillah wallahuakbar!
Followers
Saturday, 23 April 2011
.: Air Mata Seorang Isteri & Doa Seorang Anak .:
~~5 Perkara Aneh~~
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu hari beliau berkata, ayahku telah menceritakan bahawa antara nabi- nabi yang bukan Rasul, ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi telah diperintahkan Allah SWT yang bermaksud “Sesudah subuh, engkau keluar dari rumah dan menghala ke barat dan berbuat 5 perkara yakni:
Pertama : apa yang engkau lihat(hadapi) maka makanlah,
Kedua : engkau sembunyikan
Ketiga : engkau terimalah
Keempat : jangan engkau putuskan harapan
Kelima : larilah engkau daripadanya.”
Maka, keesokkan harinya, Nabi itu keluar menuju ka barat dan kebetulan yang pertama yang dilihatnya ialah sebuah bukit besar bewarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata “ Aku diperintahkan memakan pertama yang aku hadapi, tetapi aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.” Dengan hasrat untuk memakan bukit berkenaan, Nabi berjalan menuju ke arahnya dan setelah menghampirinya, tiba- tiba bukit itu mengecilkan sehingga menjadi sebesar roti. Lalu baginda mengambil dan disuapkan ke dalam mulutnya dan terasa manis bagaikan madu. Baginda mengucapkan syukur kapada Allah.
Kemudian Nabi meneruskan perjalanan dan bertemu pula dengan semangkuk emas. Baginda teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan lantas baginda menggali sebuah lubang dan menanamnya. Tiba- tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Baginda menanamnya semula sehingga 3 kali berturut- turut. Maka Nabi pun berkata “ Aku telah melaksanakan perintahMu.” Setelah itu baginda meneruskan perjalan tanpa disedari mangkuk tadi terkeluar semula dari tempat yang ditanam baginda.
Ketika Nabi sedang berjalan, baginda ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata “Wahai Nabi Allah, selamatkanlah aku.” Mandengar rayuan tersebut, baginda berasa simpati lalu mengambil burung kecil itu dan memasukkan kedalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, sang helang datang menghampiri baginda sambil berkata “Wahai Nabi Allah, aku tersangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah kau patahkan harapan dari rezekiku itu.” Nabi teringat akan pesanan mimpinya yang keempat untuk tidak mematahkan harapan. Baginda menjadi kebingungan dan akhirnya membuat keputusan untuk memotong sedikit daging pahanya untuk diberikan kepada sang helang dengan menggunakan pedangnya. Setelah mendapat daging itu, helang terbang dan baginda melepaskan burung kecil tadi.
Selepas kejadian itu, nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian, baginda bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk lalu baginda berlari kerana tidak tahan dengan bau yang teramat busuk itu.
Setelah menemui kelima- lima perkara yang diamanahkan, baginda pulang ke rumahnya. Pada malam itu, baginda telah bermimpi diberitahu oleh Allah SWT bahawa,
“Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal kemarahan, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua : Semua amal kebaikan(budi), walaupun disembunyikan maka akan nampak jua.
Ketiga : jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianatinya.
Keempat : jika ada orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuk membantunya meskipun dirimu sendiri berhajat kepada perkara tersebut.
Kelima : bau yang busuk itu pula adalah ghibah(menceritakan hal seseorang). Maka larilah daripada kumpulan orang yang sedang ghibah.”
Saudara- saudaraku,kelima- lima kisah ini hendaklah kita sematkan kedalam jiwa kita kerana kesemua ini sentiasa sahaja berlaku di dalam kehidupan seharian kita. Perkara yang selalu kita lakukan dan sukar dikikis ialah mengadu dhomba dan mengata orang. Beringatlah, mengata perihal seseorang akan menghilangkan pahala kita berdasarkan sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya lalu bertanya “ Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”
Maka berkata Allah SWT “Ini adalah pahala orang- orang yang mengata- ngata perihal dirimu.” Dengan itu, haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita katakan itu benar, tetapi kata- kata itu hanya merugikan diri kita sendiri. Wallahulam.
Wassalam..
Ibu Larang Anak Pakai Jilbab??
di biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru.
Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2
meletihkan. Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua
dengan anaknya.
Anak : Ibu..
Ibu : Hmgggmm ?
Anak : BU !
Ibu : APA ?
Anak : Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah..
Ibu dengarlah ni !
Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasuk
kan benang kejarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu
sudah nak rabun...
Anak : Bu !
Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?
Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya
pakai jilbab itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai
jilbab. Boleh tak Bu..?
Ibu : Jangan ...
Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.
Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa,Bu.
Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?
Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...
Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana
kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu..
Ibu : TIDAK !
Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.
Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !
Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan
pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.
Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan,
JANGAN !!!
Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI
JILBAB. MUKTAMAD!
ibu;jangan pakai lagi faham.
Anak : JILBAB !
Ibu : JANGAN !
Anak : JILBAB !!
Ibu : J A N G A N !!!
Anak : J I L B A A A A A A B !!!!
Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar
bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk ....namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...
Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH!
KAMU KAN LAKI-LAKI.....
Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai
(hehehe, serius tul baca nampak..........................)
Friday, 22 April 2011
Nak Kawen Boleh, Tapi........

sekadar perkongsian~
Perihal perkahwinan ini adalah perihal yang mampu menggembirakan hati semua orang. Saudara mara terdekat tentu gembira dan seronok membuat persiapan, tema perkahwinannya, menu masakan, tidak dilupa jumlah undangannya. Apatah lagi perasaan insan yang bakal bergelar raja sehari. Pastinya lebih gembira daripada orang lain.
Bercerita perihal perkahwinan ini kadang kala mungundang tawa, kadang kala juga mencetus suasana yang serius. Berkongsi cerita tentang suami idaman, isteri idaman.
Ada yang mahu suaminya berkulit cerah dan tinggi,, ada yang mahu suaminya berkulit hitam manis. Hitam itu menawan katanya.
Ada yang mahu bakal isterinya kurus dan tinggi, ada pula yang lebih suka bakal isteri yang montel dan comel. Terserahlah, itu semua pilihan kita.
Dunia sekarang mencetus satu fenomena yang mana masing-masing seakan-akan mencipta trend dan kelainan sendiri tentang mas kahwin dan jumlah wang hantarannya. Seboleh mungkin mahu mencipta jumlah hantaran yang termahal dan paling unik.
Nabi pernah bersabda bahawa perkahwinan yang berkat adalah perkahwinan yang paling murah mas kahwinnya. Perlu difahami disini bahawa perkahwinan ini adalah suatu perkara mulia yang dikatakan juga menyempurnakan separuh keimanan kita.
Pada saat si lelaki melafazkan akad nikah aku terima nikahnya si polan binti si polan, bermakna si lelaki telah melafazkan kesanggupannya menanggung dosa si isteri. Jadi kepada ibu bapa si perempuan, mengapa kita mahu meletakkan harga yang mahal kepada orang yang telah sanggup menanggung dosa anak perempuan kita?
Namun kita lebih memilih untuk terus bertanding dengan jiran sekeliling, Anak orang tu mas kahwinnya 10 ribu, kita pun letak mas kahwin anak kita sebanyak 11 ribu.
“ Kenapa mahal sangat mas kahwinnya?”
“ Eh, sekarang semua orang letak mahal-mahal la.”
Inilah silapnya kita yang suka mengikut trend yang merugikan kita sendiri. Sehingga ada yang memilih untuk tidak berkahwin kerana merasakan sukar dan tidak mampu memenuhi permintaan keluarga perempuan yang terlalu mahal sedangkan perkahwinanlah satu-satunya cara yang menghalalkan hubungan lelaki dan wanita yang bukan mahram. Kenapa perlu ikut orang lain sedangkan sudah terang lagi bersuluh seorang saja insan yang boleh kita jadikan contoh terbaik iaitu Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah bersabda bahawa perkahwinan yang diberkati itu adalah perkahwinan yang paling rendah nilai mas
kahwinnya., Jadi, marilah ikut apa yang Rasulullah sarankan ini.
Untuk yang bergelar wanita pula, kita punya tanggungjawab yang begitu besar tatkala akad dilafaz oleh si suami. Boleh kata semua yang kita buat untuk suami itu bakal membuahkan pahala yang cukup besar. Naqibah saya di Malaysia dulu pernah juga beritahu, kalau kita rindu pada suami pun kita dapat pahala.
Daripada Anas, Nabi s.a.w bersabda yang bermksud,
“ Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” [ Hadith Riwayat Ahmad]
Bestnya! Terlihat begitu mudah bagi wanita untuk memasuki syurga melalui pintu yang kita sukai. Hanya perlu solat, puasa, jaga kehormatan dan taat kepada suami saja! Terlihat mudah tidak menjamin ianya mudah untuk kita lakukan. Secara peribadinya, bagi saya ianya tidak mudah. Solat lima waktu pun kita tidak mampu memeliharanya dengan baik, nak solat di awal waktu pun kadang-kadang terasa berat. Nak jaga kualiti puasa pun kadang-kala susah apatah lagi nak berlaku taat kepada suami. Belum tentu apa yang suami perintahkan kita, mampu kita lakukan.
Berapa ramai isteri yang menghantar suami hingga ke kereta setiap pagi ketika suami mahu ke tempat kerja?
Berapa ramai isteri yang tolong buka dan tutupkan pintu kereta untuk si suami?
Berapa ramai isteri yang menyambut kepulangan suami setelah suami penat bekerja?
Dan berapa ramai isteri yang memohon maaf pada suami jika masakannya pada hari itu terkurang manis masinnya?
Renungkanlah dan muhasabahlah! Bercakap perihal perkahwinan memang akan mengundang perasaan mahu berkahwin. Mahu ada yang menyayangi. Namun disebalik
sesuatu yang kita lihat seronok dan mudah itu terselit sesuatu yang bakal menjamin tempat kita di ‘sana’ kelak. Syurga atau sebaliknya.
Nak kahwin boleh tapi kena fikir kesemua tanggungjawab yang akan kita galas apabila bergelar suami atau isteri nanti. Baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing punya tanggungjawab. Sebelum berkahwin, perlulah kita menuntut sebanyak mungkin ilmu perkahwinan agar kita mampu membina perkahwinan yang diberkati, ‘masjid’ yang teguh struktur binaannya..
Teka-Teki Imam Ghazali...
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia ? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
Wednesday, 20 April 2011
Terima Kasih Ibu Ayah... (^___^)
Alhamdulillah...segulung ijazah kini berada di genggamanku.. Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya aku kini bergelar seorang siswazah...
--Himpunan Doa -- Semoga dapat dijadikan amalan kita bersama,insyaAllah...
DOA MEMOHON PERLINDUNGAN DARI PENIPUAN
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan Engkau daripada kawan yang menipu matanya melihatku, hatinya menjagaku, sekiranya dia melihat kebaikanku dia menyembunyikannya, sekiranya dia melihat keburukan dia menyebarkannya”
DOA KETIKA MELIHAT SESUATU YANG MENAKUTKAN
“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemurkaanNya dan kejahatan hamdaNya: aku berlindung dari hasutan-hasutan syaitan dan dari kedatangan mereka (syaitan itu) kepadaku”
DOA MEMOHON KEBAIKAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT
“Ya Tuhanku kurniakanlah kebaikan di dunia dan di akhirat dan hindarilah diriku dari azab api neraka”
DOA MEMOHON DIPERMUDAH SEGALA URUSAN
“Ya Allahaku tiada yang mudah melainkan Engkau jadikannya mudah dan tiada kedukaan melainkan Engkau akan hilangkan”
DOA MEMOHON DIHINDARI DARI SIFAT MALAS
“Ya Allah, Tuhanku aku berlindung kepada Mu dari kemalasan serta lanjut usia dan buruknya perbuatan di masa tua, dari godaan dunia dan dari siksa kubur”
DOA MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT UNTUK DIRI SENDIRI DAN IBU BAPA
“Ya Allah ampunkanlah diriku dan kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mendidikku semasa kecil”
DOA MELIHAT CERMIN
“Ya Allah, perbaikilah akhlakku sebagaimana kau perelokkan akhlakku”
Allah tidak akan MENGUBAH nasib sesuatu KAUM jika mereka sendiri TIDAK Mengubahnya.......
NUR....
Nur itu cahaya
Nur itu ciptaan tuhan
Nur itu pemberian tuhan
Nur itu untuk insan
Nur itu petunjuk
Nur itu penerang jiwa
Nur itu pelengkap segala
Tanpa nur gelaplah dunia
tanpa nur kita akan ketinggalan
Tanpa nur kita tiada haluan
Tanpa nur kita akan mengalah
Carilah nur dimana sahaja
Ia berada dimana sahaja
Carilah ia dengan keikhlasan
Hati yang ikhlas permudah segala
Carilah ia dengan ketabahan
Jiwa yang cekal kejayaan akhirnya
Carilah ia dalam kebenaran
Kerana kebenaran pasti terbukti nyata
Nur itulah hidayah
Nur itulah iman……………
Kini BAHAGIA milikku...
“Kring-kring…alah kecohlah jam ni..tidur baliklah. Hari ni
“Kimi.. wei..bangunlah…!!!” Hakimi terjaga apabila namanya dipanggil. Belum sempat dia membuka mata, pintu biliknya sudah pun dikuak. “Oii..tak macho langsung la tidur sampai matahari tinggi,” suara itu amat dikenalinya, alah siapa lagi kalau bukan Joe, dialah teman yang boleh menghilang kebosanan Hakimi. “Kau rupanya..apa hal?” soal Hakimi. “Jom jalan…aku bawa kau ke satu tempat, mesti best punya..” cerita Johari bersungguh. “Ok. Tapi..aku mandi dulu lah.” Hakimi bingkas lalu menyambar tualanya yang tersangkut di dinding dan terus ke bilik air.
“Tempat apa ni Joe?” soal Hakimi kehairanan. “Ni lah tempat ritual black metal tu,” jelas Joe. “Aaa…?” Kimi serba salah sama ada mahu mengikut Joe atau sebaliknya. “Just tengok je,” Joe menarik tangan Kimi. “Tapi Joe…” “Dungu betullah kau ni, black metal tu anti Kristian la bukan Islam, faham ke?” Hakimi pun membuntuti Johari ke dalam.
“Kimi, esok mama dan papa berangkat ke
Petang itu, selepas waktu persekolahan, Julia, Hanim dan Balqis mengajak Hakimi mengulangkaji pelajaran. Mereka mahu Hakimi menerangkan dan mengajar mereka subjek Matematik. Hakimi memang bijak dalam subjek tersebut.
Setelah habis mengulangkaji pelajaran mereka beralih kepada perbincangan mengenai hari perpisahan tingkatan
“Kalau Lia tanya sesuatu pada Kimi, boleh tak?” Tanya Julia dengan ragu-ragu. “Tanyalah..” jawab Hakimi. “Kenapa sejak kebelakangan ini susah sangat Lia nak hubungi Kimi?” “Kimi sibuklah, al-maklum SPM tak lama lagi,” terang Hakimi ringkas. “Rantai apa Kimi pakai tu?” Julia ternampak rantai berloketkan salib terbalik di dada Kimi. Hatinya tidak senang, dia berharap Hakimi bukanlah ahli black metal yang telah hangat diperkatakan sekarang ini. “Ni lah lambang kesetiaan kami terhadap kumpulan kami,” jelas Hakimi. “Kumpulan apa?” Tanya Julia dengan sinis. “Yang kau sibuk ni kenapa?! Aku punya hal, aku punya sukalah!!” bentak Hakimi sambil meninggalkan Julia dalam keadaan terpinga-pinga. Keadaan yang baru saja berlaku tadi membuatkan Julia terkejut dan tidak menyangka bahawa lelaki yang menjadi idamannya malah harapan sekolah boleh terjebak dalam kegiatan yang merosakkan aqidah. Tanpa disedari, ada air jernih mengalir dari kolam matanya. Lantas Julia berdoa dalam hati ‘Ya ALLAH, berilah hidayah dan petunjuk pada sahabatku itu supaya kembali kepadaMU dan berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini,amin..’
Cinta Hakimi pada black metal bermula apabila Johari membawanya ke konsert dan ritual black metal. Cinta itu bertambah apabila Hakimi selalu mengikut Johari dan membaca kitab-kitab mengenai black metal.
“KUZZANN…KUZANN..KUZANN..” Seorang daripada ahli black metal itu melaungkan kata-kata yang dianggap azimat itu sambil lilin digerakkan ke kiri dan ke kanan sebagai mukadimah upacara rasmi.
Tanpa diarah kesemua ahli itu mencarut dan membaca mentera yang tidak difahami langsung maksudnya. Orang itu mengarahkan lagi ahlinya meletakan lilin di atas lantai, kemudian hulurkan lengan kiri, salai di atas lilin. Hakimi patuh. Panasnya bukan main, rasa nak menitik air mata. Seterusnya pisau cukur dan razor blade yang tajam dibenam ke lengan, kemudian dihiris perlahan. Darah yang menitis ditakung dalam gelas dan dicampur dengan darah kambing hitam. Lepas tu minum,emm….sedap.. Hakimi pada mulanya berasa mual tetapi sekarang itulah yang dinanti-nantikannya.
Hakimi sudah lupa dengan Tuhan apatah lagi keluarganya. Sebenarnya Hakimi seorang remaja yang kurang mendapat perhatian dari keluarganya. Nak dikatakan dia tidak berpendidikan, dia adalah pelajar harapan sekolah tetapi kerana ingin memberontak dan mungkin ingin menarik perhatian kedua ibubapanya, dia melibatkan diri dengan perkara-perkara yang dirasakan relax dan memberikan ketenangan kepadanya. Tambahan pula, dia mendapat sokongan dan pengaruh daripada kawan baiknya, Johari.
Kegembiraan terpancar pada setiap wajah pelajar-pelajar Sekolah Sri Iman setelah hampir tiga minggu berhempas-pulas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Joe, malam ni kita keluar, dah lama sangat tak pergi, tak sabar ni..” Hakimi meluahkan kerinduannya untuk membuat ritual. “Aku on je..aku pun dah lama sangat tak buat benda tu. Jangan sampai si botak (ketua) tu buang kita dah lah.” Johari khuatir ketua kumpulan itu akan membuang mereka daripada menyertai black metal.
Hakimi ternampak Julia menuju ke arah mereka. Hakimi
“Assalamualaikum..” Julia menyapa.“Emm..kenapa? Ok ke exam tadi?” Johari tidak menjawab salam Julia sebaliknya dia mengajukan soalan pula. Hakimi diam. Julia senyum. Pedih hatinya kerana salamnya tidak disambut. Julia tahu dua orang sahabatnya itu telah jauh tersesat. “Alhamdulillah…semuanya ok, kamu pula macam mana?” “Aku ok je, tak tahulah budak sorang ni,” Johari memukul bahu Hakimi. “Aku pun ok juga, kenapa?
Julia menggeleng-geleng mendengar kata-kata Johari itu. “Janganlah nak tunjuk baik dengan kami”. Hakimi bersuara. Hati Julia cukup tersentuh mendengar kata-kata itu. “Tak apalah kalau macam tu. Aku harap kamu maafkan semua kesalahan aku.” Walaupun pedih Julia menghadiahkan juga senyuman pada mereka. Senyuman yang membawa seribu satu kesedihan dan harapan. Harapan untuk dua orang sahabatnya itu berubah.
“Kimi, Joe sebelum terlewat masih ada waktu untuk kembali ke pangkal jalan, aku akan doakan kamu.Good luck my friends”. Julia meninggalkan mereka dalam keadaan teramat sedih. Julia berasa tanggungjawab untuk menyedarkan Hakimi dan Johari terletak di tangannya kerana dia seorang sahaja yang mengetahui pekara tersebut, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia akan berangkat ke
“Result SPM dah nak keluar, aku takutlah…” ucap Johari ketika mereka lepak di pusat membeli belah petang itu. “Kau takut apa pula, kau
“Kimi kalau aku tak berjaya, kau janji, kau akan teruskan cita-cita kita,” “Wei, Joe apa emosional sangat ni! Aku yakin kau mesti dapat 9A lah”. Afif memberi keyakinan. Afif, Remy dan Bob masing-masing 20, 19 dan 22 tahun. “Kau mesti janji wei”. Johari memukul belakang Hakim. “Apa pula ni, aku pun tak tahu result aku ok ke tak but jangan risaulah kita mesti berjaya punya,” Hakimi memberi keyakinan walaupun dia sendiri takut. “Dahlah, itu cerita esok, malam ni macam mana?
Pagi tu Hakimi bertolak dari rumah neneknya di Negeri Sembilan ke sekolahnya untuk mengambil keputusan peperiksaannya. Setibanya di sekolah, Hakimi mendapati ada di antara rakan-rakannya yang ketawa keriangan dan ada juga yang menangis kesedihan. Hatinya berdebar-debar. ‘Berapalah aku dapat ni.’
“Tahniah, kamu adalah the best student kat sekolah kita ni,” ujar Cikgu Zuriani sambil tersenyum. “Terima kasih cikgu,” blas Hakimi. Dalam senyuman Cikgu Zuriani itu ada satu kelainan,kenapa ya? Ckgu Zuriani, guru kelas Hakimi memberikan slip peperiksaan kepada Hakimi. “Wah!!” Hakimi melompat kegembiraan, Puan Atikah di sebelahnya terus dipeluk, begitu juga dengan ayahnya.Tetapi adegan tu terhenti di situ apabila Cikgu Zuriani memberikan satu lagi slip peperiksaan. “Joe?Kenapa cikgu bagi saya? Dia belum dating lagi ke?”Cikgu Zuriani tidak menjawab. “Mama,
Selepas dari kubur Hakimi pun tersedar dan tertanya-tanya layakkah mayat Johari dikubur diperkuburan Islam. Hatinya resah. Dan masih terngiyang-ngiyang di teliga Hakimi pesanan Johari petang semalam. ‘Patutlah dia beria-ia sangat nak suruh aku teruskan cita-cita kami. Rupanya kau pergi meninggalkan kami,tidak…’ Hakimi amat kesal dengan kejadian itu. ‘Sepatutnya aku ada malam tu’ Hati kecil Hakimi masih tertanya-tanya, layakkah Johari dikebumikan ditanah perkuburan Islam itu, sedangkan amalan yang diamalkan selama ii langsung tidak pada Islam malahbercanggah sertus peratus. ‘Kalau aku pun mati macam Joe, aku masuk kubur mana? Ya ALLAH, jauhnya aku menimpang.’ Bagai ada kuasa yang menyedarkan Hakmi ketika itu.
Hakimi mengurungkan dirinya dalam bilik. Hari yang sepatutnya dia gembira dengan keputusan SPMnya bertukar menjadi sedih atas kematian sahabatnya dan dia kecewa dengan dirinya sendiri kerana telah jauh tersesat. ‘Ya ALLAH, masihkah ada ruang untuk diriku ini?’
‘Telah tiba saat wktu kau tinggalkan kami kerana takdir telah menetapkan, kau sahabatku kau teman sejati..’ Walaupun sudah
Penghijrahan ku di sini membawa seribu satu makna dalam hidupku. Aku bukan lagi Hakimi yang dulu, yang bergelombang dengan dosa. Kini, aku insaf, aku sedar, aku malu dengan mama dan papa tapi aku ingin pulang kepada mereka sebagai anak yang soleh dan abang yang bertanggungjawab.
Pada mulanya aku tidak mahu merantau tapi bila mengenangkan Joe yang selalu hadir dalam mimpiku, aku kuatkan semangat pergi juga. Dalam mimpiku itu, aku dapat melihat Joe begitu tersiksa dan seolah-olah memnta bantuan dariku.
Aku sangat bersyukur selama aku berada di
Alhamdulilah, ALLAH masih memberikan aku peluang, dan aku berterima kasih kerana Julia sudi menerimaku. Betullah kata orang, cinta sesama manusia yang disandarkan pada ALLAH akan lebih memberi kebahagiaan. Kini, itu yang ku miliki.
~Cinta dan Mahabbah~
Assalamualaikum...
(sekadar memetik attachment dr seorg teman...semoga terdetik sst di hati utk difikirkan bersama..Wallahu 'Allam)
Inilah sebahagian drp ungkapan
Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yg bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit.
Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:-
"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya..." Al-Maidah, ayat 54
" Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu..." Al-Imran, ayat 31
Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana kaca. Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain.
Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorg wali wanita yg hidup atr 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT.
Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda???
Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta???
Atau...
adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci???
Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN...
Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintya Rasulullah dgn Khadijah Aisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah.
Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG... InsyaAllah... ^__^
Sila sebarkan kata2 ini pada sahabat2 yang lain... sesungguhnya ini adalah salah satu jln utk berdakwah dan menasihati diri kita serta sahabat2 kita yg lain... semoga anda semua dicucuri Rahmat dari ALLAH SWT... Wassalam...