Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu hari beliau berkata, ayahku telah menceritakan bahawa antara nabi- nabi yang bukan Rasul, ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi telah diperintahkan Allah SWT yang bermaksud “Sesudah subuh, engkau keluar dari rumah dan menghala ke barat dan berbuat 5 perkara yakni:
Pertama : apa yang engkau lihat(hadapi) maka makanlah,
Kedua : engkau sembunyikan
Ketiga : engkau terimalah
Keempat : jangan engkau putuskan harapan
Kelima : larilah engkau daripadanya.”
Maka, keesokkan harinya, Nabi itu keluar menuju ka barat dan kebetulan yang pertama yang dilihatnya ialah sebuah bukit besar bewarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata “ Aku diperintahkan memakan pertama yang aku hadapi, tetapi aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.” Dengan hasrat untuk memakan bukit berkenaan, Nabi berjalan menuju ke arahnya dan setelah menghampirinya, tiba- tiba bukit itu mengecilkan sehingga menjadi sebesar roti. Lalu baginda mengambil dan disuapkan ke dalam mulutnya dan terasa manis bagaikan madu. Baginda mengucapkan syukur kapada Allah.
Kemudian Nabi meneruskan perjalanan dan bertemu pula dengan semangkuk emas. Baginda teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan lantas baginda menggali sebuah lubang dan menanamnya. Tiba- tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Baginda menanamnya semula sehingga 3 kali berturut- turut. Maka Nabi pun berkata “ Aku telah melaksanakan perintahMu.” Setelah itu baginda meneruskan perjalan tanpa disedari mangkuk tadi terkeluar semula dari tempat yang ditanam baginda.
Ketika Nabi sedang berjalan, baginda ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata “Wahai Nabi Allah, selamatkanlah aku.” Mandengar rayuan tersebut, baginda berasa simpati lalu mengambil burung kecil itu dan memasukkan kedalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, sang helang datang menghampiri baginda sambil berkata “Wahai Nabi Allah, aku tersangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah kau patahkan harapan dari rezekiku itu.” Nabi teringat akan pesanan mimpinya yang keempat untuk tidak mematahkan harapan. Baginda menjadi kebingungan dan akhirnya membuat keputusan untuk memotong sedikit daging pahanya untuk diberikan kepada sang helang dengan menggunakan pedangnya. Setelah mendapat daging itu, helang terbang dan baginda melepaskan burung kecil tadi.
Selepas kejadian itu, nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian, baginda bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk lalu baginda berlari kerana tidak tahan dengan bau yang teramat busuk itu.
Setelah menemui kelima- lima perkara yang diamanahkan, baginda pulang ke rumahnya. Pada malam itu, baginda telah bermimpi diberitahu oleh Allah SWT bahawa,
“Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal kemarahan, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua : Semua amal kebaikan(budi), walaupun disembunyikan maka akan nampak jua.
Ketiga : jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianatinya.
Keempat : jika ada orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuk membantunya meskipun dirimu sendiri berhajat kepada perkara tersebut.
Kelima : bau yang busuk itu pula adalah ghibah(menceritakan hal seseorang). Maka larilah daripada kumpulan orang yang sedang ghibah.”
Saudara- saudaraku,kelima- lima kisah ini hendaklah kita sematkan kedalam jiwa kita kerana kesemua ini sentiasa sahaja berlaku di dalam kehidupan seharian kita. Perkara yang selalu kita lakukan dan sukar dikikis ialah mengadu dhomba dan mengata orang. Beringatlah, mengata perihal seseorang akan menghilangkan pahala kita berdasarkan sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya lalu bertanya “ Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”
Maka berkata Allah SWT “Ini adalah pahala orang- orang yang mengata- ngata perihal dirimu.” Dengan itu, haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita katakan itu benar, tetapi kata- kata itu hanya merugikan diri kita sendiri. Wallahulam.
Wassalam..
Perkongsian ilmu dan pengalaman yang mematangkan diri..merungkai rahsia Alam sambil bermuhasabah diri..SubhanAllah walhamdulillah walailahaillah wallahuakbar!
Followers
Saturday, 23 April 2011
~~5 Perkara Aneh~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment