Followers

Wednesday, 20 April 2011

Kini BAHAGIA milikku...

“Kring-kring…alah kecohlah jam ni..tidur baliklah. Hari ni kan hujung minggu,” Hakimi menyambung tidurnya semula memandangkan ibubapanya tidak ada di rumah.

“Kimi.. wei..bangunlah…!!!” Hakimi terjaga apabila namanya dipanggil. Belum sempat dia membuka mata, pintu biliknya sudah pun dikuak. “Oii..tak macho langsung la tidur sampai matahari tinggi,” suara itu amat dikenalinya, alah siapa lagi kalau bukan Joe, dialah teman yang boleh menghilang kebosanan Hakimi. “Kau rupanya..apa hal?” soal Hakimi. “Jom jalan…aku bawa kau ke satu tempat, mesti best punya..” cerita Johari bersungguh. “Ok. Tapi..aku mandi dulu lah.” Hakimi bingkas lalu menyambar tualanya yang tersangkut di dinding dan terus ke bilik air.

“Tempat apa ni Joe?” soal Hakimi kehairanan. “Ni lah tempat ritual black metal tu,” jelas Joe. “Aaa…?” Kimi serba salah sama ada mahu mengikut Joe atau sebaliknya. “Just tengok je,” Joe menarik tangan Kimi. “Tapi Joe…” “Dungu betullah kau ni, black metal tu anti Kristian la bukan Islam, faham ke?” Hakimi pun membuntuti Johari ke dalam.

“Kimi, esok mama dan papa berangkat ke Indonesia, uruskan perniagaan kita di Bali,” Puan Atikah memberitahu anak sulungnya itu. “Tolong tengok adik-adik, jangan asyik keluar malam je, SPM tak lama lagi,” Encik Arif mengingati anaknya. “Alah…Mak Isa kan ada..kenapa perlu Kimi pulak yang tengokkan mereka..” Hakimi membantah. Encik Arif dan Puan Atikah sengaja tidak memanjangkan perbualan dengan Hakimi kerana mereka tahu yang Hakimi sudah berubah sejak mereka bergiat aktif dalam perniagaan. Mereka tahu anak-anak terabai tetapi mereka perlu melebihkan perniagaan buat masa ini kerana perniagaan mereka baru saja bermula.

Petang itu, selepas waktu persekolahan, Julia, Hanim dan Balqis mengajak Hakimi mengulangkaji pelajaran. Mereka mahu Hakimi menerangkan dan mengajar mereka subjek Matematik. Hakimi memang bijak dalam subjek tersebut.

Setelah habis mengulangkaji pelajaran mereka beralih kepada perbincangan mengenai hari perpisahan tingkatan lima,belum sempat menghabiskan topik, Hanim dan Balqis terpaksa pergi meninggalkan Julia dan Hakimi kerana mereka ada perjumpaan Persatuan Hoki. “Kimi,sorry…kami terpaksa pergi, Cikgu Tini dah tunggu kami tu, so korang berdua berborak lah ye..” kata Hanim tersenyum sambil memunjungkan mulutnya ke depan mengarah kepada Cikgu Tini. ‘Inilah masa yang sesuai’ monolog Julia dalam hatinya. Julia pun mengambil kesempatan ini untuk bertanya kepada Hakimi tentang perubahan pada diri Hakimi yang sejak kebelakangan ini susah hendak berhubung dengan kawan-kawannya, seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan oleh Kimi.

“Kalau Lia tanya sesuatu pada Kimi, boleh tak?” Tanya Julia dengan ragu-ragu. “Tanyalah..” jawab Hakimi. “Kenapa sejak kebelakangan ini susah sangat Lia nak hubungi Kimi?” “Kimi sibuklah, al-maklum SPM tak lama lagi,” terang Hakimi ringkas. “Rantai apa Kimi pakai tu?” Julia ternampak rantai berloketkan salib terbalik di dada Kimi. Hatinya tidak senang, dia berharap Hakimi bukanlah ahli black metal yang telah hangat diperkatakan sekarang ini. “Ni lah lambang kesetiaan kami terhadap kumpulan kami,” jelas Hakimi. “Kumpulan apa?” Tanya Julia dengan sinis. “Yang kau sibuk ni kenapa?! Aku punya hal, aku punya sukalah!!” bentak Hakimi sambil meninggalkan Julia dalam keadaan terpinga-pinga. Keadaan yang baru saja berlaku tadi membuatkan Julia terkejut dan tidak menyangka bahawa lelaki yang menjadi idamannya malah harapan sekolah boleh terjebak dalam kegiatan yang merosakkan aqidah. Tanpa disedari, ada air jernih mengalir dari kolam matanya. Lantas Julia berdoa dalam hati ‘Ya ALLAH, berilah hidayah dan petunjuk pada sahabatku itu supaya kembali kepadaMU dan berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini,amin..’

Cinta Hakimi pada black metal bermula apabila Johari membawanya ke konsert dan ritual black metal. Cinta itu bertambah apabila Hakimi selalu mengikut Johari dan membaca kitab-kitab mengenai black metal.

“KUZZANN…KUZANN..KUZANN..” Seorang daripada ahli black metal itu melaungkan kata-kata yang dianggap azimat itu sambil lilin digerakkan ke kiri dan ke kanan sebagai mukadimah upacara rasmi.

Tanpa diarah kesemua ahli itu mencarut dan membaca mentera yang tidak difahami langsung maksudnya. Orang itu mengarahkan lagi ahlinya meletakan lilin di atas lantai, kemudian hulurkan lengan kiri, salai di atas lilin. Hakimi patuh. Panasnya bukan main, rasa nak menitik air mata. Seterusnya pisau cukur dan razor blade yang tajam dibenam ke lengan, kemudian dihiris perlahan. Darah yang menitis ditakung dalam gelas dan dicampur dengan darah kambing hitam. Lepas tu minum,emm….sedap.. Hakimi pada mulanya berasa mual tetapi sekarang itulah yang dinanti-nantikannya.

Hakimi sudah lupa dengan Tuhan apatah lagi keluarganya. Sebenarnya Hakimi seorang remaja yang kurang mendapat perhatian dari keluarganya. Nak dikatakan dia tidak berpendidikan, dia adalah pelajar harapan sekolah tetapi kerana ingin memberontak dan mungkin ingin menarik perhatian kedua ibubapanya, dia melibatkan diri dengan perkara-perkara yang dirasakan relax dan memberikan ketenangan kepadanya. Tambahan pula, dia mendapat sokongan dan pengaruh daripada kawan baiknya, Johari.

Kegembiraan terpancar pada setiap wajah pelajar-pelajar Sekolah Sri Iman setelah hampir tiga minggu berhempas-pulas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Joe, malam ni kita keluar, dah lama sangat tak pergi, tak sabar ni..” Hakimi meluahkan kerinduannya untuk membuat ritual. “Aku on je..aku pun dah lama sangat tak buat benda tu. Jangan sampai si botak (ketua) tu buang kita dah lah.” Johari khuatir ketua kumpulan itu akan membuang mereka daripada menyertai black metal.

Hakimi ternampak Julia menuju ke arah mereka. Hakimi cuba melarikan diri tetapi dihalang oleh Johari. Setelah Julia mengetahui dirinya ahli black metal, Hakimi tidak lagi mendekatkan diri dengan Julia dan kawan-kawannya. Hakimi menganggap dirinya berhak membuat pilihan dan cara hidup walaupun sebenarnya Hakimi memendam perasaan terhadap Julia.

“Assalamualaikum..” Julia menyapa.“Emm..kenapa? Ok ke exam tadi?” Johari tidak menjawab salam Julia sebaliknya dia mengajukan soalan pula. Hakimi diam. Julia senyum. Pedih hatinya kerana salamnya tidak disambut. Julia tahu dua orang sahabatnya itu telah jauh tersesat. “Alhamdulillah…semuanya ok, kamu pula macam mana?” “Aku ok je, tak tahulah budak sorang ni,” Johari memukul bahu Hakimi. “Aku pun ok juga, kenapa? Ada hal apa kau datang ni?!” sinis saja soalan Hakimi. “Sebenarnya aku nak minta maaf dengan kamu seandainya ada salah dan silap aku selama ni terhadap kamu berdua. Mungkin after ni kita tak dapat berjumpa lagi. Aku terpaksa ikut parent aku menetap kat London. Ayah aku nak sambung belajar balik sambil kerja kat sana,” terang Julia. “Oh…macam tu. Bila nak pergi?” soal Johari. “Next week. Malam esok jemputlah datang ke rumah, ada kenduri sikit.” “Oh thanks, kitaorang sekarang ni tak mainlah kenduri-kenduri ni..tak masuk akalah benda tu. Lagipun kitorang ada ritual malam esok, so…sorry la yek…” Johari tidak takut memberitahu Julia perkara sebenar.

Julia menggeleng-geleng mendengar kata-kata Johari itu. “Janganlah nak tunjuk baik dengan kami”. Hakimi bersuara. Hati Julia cukup tersentuh mendengar kata-kata itu. “Tak apalah kalau macam tu. Aku harap kamu maafkan semua kesalahan aku.” Walaupun pedih Julia menghadiahkan juga senyuman pada mereka. Senyuman yang membawa seribu satu kesedihan dan harapan. Harapan untuk dua orang sahabatnya itu berubah.

“Kimi, Joe sebelum terlewat masih ada waktu untuk kembali ke pangkal jalan, aku akan doakan kamu.Good luck my friends”. Julia meninggalkan mereka dalam keadaan teramat sedih. Julia berasa tanggungjawab untuk menyedarkan Hakimi dan Johari terletak di tangannya kerana dia seorang sahaja yang mengetahui pekara tersebut, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia akan berangkat ke London. Julia hanya hanya mampu pada Allah.

“Result SPM dah nak keluar, aku takutlah…” ucap Johari ketika mereka lepak di pusat membeli belah petang itu. “Kau takut apa pula, kau kan terror..” Afif membalas kata-kata Johari. Afif juga adalah salah seorng ahli black metal, begitu juga dengan Remy dan Bob. Hakimi diam, dia pun gementar menghadapi hari esok. “Sebenarnya aku nak sambung belajar lagi tapi … rasa macam tak dapat je..” luah Johari. “Ek eleh mengarut betul budak ni, alah belajar kitab-kitab black metal kan belajar juga namanya,” Bob mencela. “Black metal tu lain, ni nak belajar kira-kira kaji ini kaji itu, dalam black metal adakah semua itu?” Balas Hakimi yang sejak tadi membisu. “Oklah kita orang percaya you all berdua akan success,” Remy melenturkan keadaan.

“Kimi kalau aku tak berjaya, kau janji, kau akan teruskan cita-cita kita,” “Wei, Joe apa emosional sangat ni! Aku yakin kau mesti dapat 9A lah”. Afif memberi keyakinan. Afif, Remy dan Bob masing-masing 20, 19 dan 22 tahun. “Kau mesti janji wei”. Johari memukul belakang Hakim. “Apa pula ni, aku pun tak tahu result aku ok ke tak but jangan risaulah kita mesti berjaya punya,” Hakimi memberi keyakinan walaupun dia sendiri takut. “Dahlah, itu cerita esok, malam ni macam mana? Ada konset kat tempat biasa. Korang pergi tak?” Soal Remy. “Sorry geng, malam ni aku ada hal,nak balik kampung. Pagj esok baru balik,”Hakimi menanti apa respon kawan-kawannya. “Alah..kau ni..tak best lah tak pergi,” Alif mengeluh. “Next time kompom aku pergi punya. Aku tak boleh elak dah,ayah aku dah warning awal-awal. Lagipun nenek aku nak sangat jumpa ngan aku,” luah Hakimi. “Kalau macam tu tak pelah,” kata Johari sambil mengajak kawan-kawannya balik.

Pagi tu Hakimi bertolak dari rumah neneknya di Negeri Sembilan ke sekolahnya untuk mengambil keputusan peperiksaannya. Setibanya di sekolah, Hakimi mendapati ada di antara rakan-rakannya yang ketawa keriangan dan ada juga yang menangis kesedihan. Hatinya berdebar-debar. ‘Berapalah aku dapat ni.’

“Tahniah, kamu adalah the best student kat sekolah kita ni,” ujar Cikgu Zuriani sambil tersenyum. “Terima kasih cikgu,” blas Hakimi. Dalam senyuman Cikgu Zuriani itu ada satu kelainan,kenapa ya? Ckgu Zuriani, guru kelas Hakimi memberikan slip peperiksaan kepada Hakimi. “Wah!!” Hakimi melompat kegembiraan, Puan Atikah di sebelahnya terus dipeluk, begitu juga dengan ayahnya.Tetapi adegan tu terhenti di situ apabila Cikgu Zuriani memberikan satu lagi slip peperiksaan. “Joe?Kenapa cikgu bagi saya? Dia belum dating lagi ke?”Cikgu Zuriani tidak menjawab. “Mama, cuba tengok. Joe pun dapat 9A1 juga macam Kimi,” Hakimi gembira kerana kaannya itu juga sepertinya. Puan Atikah dan Encik Arif tersenum dan gembira. “Hakimi, cikgu harap kamu boleh terima berita yang akan cikgu sampaikan ini…” Cikgu Zuriani tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya, air matanya mengalir deras ke pipi. “Apa yang terjadi?” soal Hakimi tidak sabar. “Sebenarnya..” “Sebenarnya apa cikgu?” soal Hakimi lagi. “Johari dah tak ada lagi, dia terlibat dalam kemalangan semalam.” Cikgu Zuriani memutuskan kata-katanya dengan sebak dan air mata.

Selepas dari kubur Hakimi pun tersedar dan tertanya-tanya layakkah mayat Johari dikubur diperkuburan Islam. Hatinya resah. Dan masih terngiyang-ngiyang di teliga Hakimi pesanan Johari petang semalam. ‘Patutlah dia beria-ia sangat nak suruh aku teruskan cita-cita kami. Rupanya kau pergi meninggalkan kami,tidak…’ Hakimi amat kesal dengan kejadian itu. ‘Sepatutnya aku ada malam tu’ Hati kecil Hakimi masih tertanya-tanya, layakkah Johari dikebumikan ditanah perkuburan Islam itu, sedangkan amalan yang diamalkan selama ii langsung tidak pada Islam malahbercanggah sertus peratus. ‘Kalau aku pun mati macam Joe, aku masuk kubur mana? Ya ALLAH, jauhnya aku menimpang.’ Bagai ada kuasa yang menyedarkan Hakmi ketika itu.

Hakimi mengurungkan dirinya dalam bilik. Hari yang sepatutnya dia gembira dengan keputusan SPMnya bertukar menjadi sedih atas kematian sahabatnya dan dia kecewa dengan dirinya sendiri kerana telah jauh tersesat. ‘Ya ALLAH, masihkah ada ruang untuk diriku ini?’

‘Telah tiba saat wktu kau tinggalkan kami kerana takdir telah menetapkan, kau sahabatku kau teman sejati..’ Walaupun sudah lima tahun Johari meninggal dunia, tapi rasanya baru semalam aku merasa kehadirannya. Aku sekarang telah mengotakan janji dan permintaannya. Kini aku berada di London menyambung pelajaran dalam bidang Engineering, bidang yang sama-sama diimpikan bersama Johari suatu ketika dahulu.

Penghijrahan ku di sini membawa seribu satu makna dalam hidupku. Aku bukan lagi Hakimi yang dulu, yang bergelombang dengan dosa. Kini, aku insaf, aku sedar, aku malu dengan mama dan papa tapi aku ingin pulang kepada mereka sebagai anak yang soleh dan abang yang bertanggungjawab.

Pada mulanya aku tidak mahu merantau tapi bila mengenangkan Joe yang selalu hadir dalam mimpiku, aku kuatkan semangat pergi juga. Dalam mimpiku itu, aku dapat melihat Joe begitu tersiksa dan seolah-olah memnta bantuan dariku.

Aku sangat bersyukur selama aku berada di kota metropolitan ini, keluarga Julia banyak membantu aku. Mulanya aku agak keberatan mungkin disebabakan malu atas kekasaranku padanya dulu. Tapi atas pujukkan darinya dan harapanku untuk berubah, malu itu aku tolak ke tepi. Nawaitu itu yang paling penting.

Alhamdulilah, ALLAH masih memberikan aku peluang, dan aku berterima kasih kerana Julia sudi menerimaku. Betullah kata orang, cinta sesama manusia yang disandarkan pada ALLAH akan lebih memberi kebahagiaan. Kini, itu yang ku miliki.

No comments: